Assalamualaikum selamat pagi! Hai macam biskut kan saya ni haha. Alhamdulillah rasa lebih sihat hari ini. Selfie ni minggu lepas punya kena heret masuk beli barang dapur pagi-pagi.
Saya sebenarnya suka keluar waktu pagi kebelakangan ini. Tapi masalahnya saya keluar untuk makan, ya lapar tu auto on bila keluar. Sekali sekala bolehlah kan.
Tapi lepastu mesti Bro Nan ajak saya teman dia beli barang rumah. Saya yang excited terus hilang energy exercise otak dalam ni. Bukan penat jalan tapi penat tengok dan kaji reaksi manusia.
Setiap dari kita diuji, dan tidak semua memahami keadaan kita. Pesakit mental macam saya ni nampak macam sihat je, comel je kan. Tapi bila datang sakit tu Allah macam mak limah pun ado.
Didoakan semuanya dipermudahkan buat rakan-rakan ya. Adoi pagi ni nak cuba la godek design sikit-sikit langsung tak boleh dah dekat 2 minggu bukak canva. Sabor jelah yop.
Jom buat kerja! (Atau tergolek tiba-tiba!)
0 Comments