Kisah Pesakit Mental : Ujian untuk Siapa?

by | Oct 13, 2024 | blog, stories | 0 comments

13-10-0941

Keadaan meja ketika tak mampu nak kemas.

 

Ini kali pertama saya menulis di word dahulu sebelum upload ke media sosial ataupun blog. Setelah beberapa hari tidak menaip saya mulai lupa kembali kedudukan huruf di papan kekunci.

Beberapa hari ini saya ada ambil upah sebagai live host untuk adik saya. Keadaan meja saya macam inilah setiap hari selepas sesi. Ada waktu saya biarkan sahaja tetapi selalunya saya kemas sebelum tutup komputer pada waktu malam.

Pemikiran saya melompat-lompat antara perkara saya ingin buat, yang saya nak belajar dan yang saya rasa saya patut buat. Saya tidak lagi rasa teruja untuk berkongsi apa-apa di sini.

Mungkin kerana saya triggered dengan apa saya baca di sini juga. Kisah tentang pesakit mental yang melanggar pelajar di Terengganu mundar mandir di homefeed saya.

Ya saya juga pesakit mental dan peristiwa ini mengusik jiwa saya. Mungkin kerana saya juga kurang waras sepertinya, jadi setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan saya baca dengan rasa tidak selesa.

Bukan sahaja kerana saya juga sakit mental, tapi juga bagi mereka yang menderita sakit yang sama. Mungkin ada yang akan cakap saya lain, saya tidak menyusahkan atau kacau orang lain.

Namun, adakah saya akan kekal begitu atau suatu masa saya juga mungkin tanpa sengaja melakukan perkara yang berbahaya, memalukan atau tidak lagi mampu berbuat apa-apa?

Sesungguhnya saya tidak tahu, dan hanya kepada Allah saya berserah. Sebenarnya bukan sahaja saya, malah tiada siapa yang akan dapat menjangka ujian yang bakal dihadapi dalam hidup kita.

Hanya mereka yang menjaga pesakit mental tahu betapa ianya membebankan mental mereka juga. Walaupun mereka normal, mereka tidak dapat bersosial dan bekerja seperti orang lain kerana tanggungjawab dan keadaan pesakit yang mereka jaga.

Jadi saya tidak akan mudah menuding jari apabila berlaku perkara tidak diingini seperti kejadian itu. Bukan sahaja pasangan malah ada ibu ayah yang perlu menjaga pesakit mental.

Bagi yang seperti saya, ujiannya adalah apabila orang melihat saya seperti orang normal dan tidak sakit jiwa. Mereka melihat saya boleh menulis, buat itu ini dan bercakap seperti orang normal.

Ini kerana mereka tidak berada di samping saya 24 jam, mereka hanya dapat melihat apa yang saya kongsi sahaja. Mana mungkin ketika saya sakit saya dapat tunjukkan. Adakah perlu saya rekod dan pamerkan?

Jika saya berbuat demikian akan ada yang kata saya mencari simpati, memalukan dan membuka aib pula. Saya melihat video rakaman mereka yang sakit mental dikeji dan dipersoalkan kenapa tidak dihantar ke hospital bahagia.

Jadi, semuanya salah bagi pesakit mental. Tak tunjuk orang tuduh kita buat-buat. Bila nampak hakikat pakat suruh kurung pula.

Saya ini hampir setiap masa di dalam rumah, dikata sombong, kera sumbang dan tidak campur orang kerana itu. Sedangkan itulah yang membendung emosi saya dari terganggu. Kurung diri salah, terlepas keluar juga salah. Jadi orang gila patut berada di mana?

Adakah kami pinta diuji dengan keadaan ini? Adakah ada pasangan atau ibu bapa yang memilih untuk menghadapi keadaan ini? Justeru itu kita yang melihat tidak perlu menyalahkan sesiapa. Doakan kemudahan buat mereka yang sakit jiwa dan juga terlibat dengan mereka.

Bukan mereka sahaja yang diuji jiwanya, kita juga. Jiwa yang bersih seperti cermin melihat diri dan muhasabah. Sesungguhnya yang lebih merbahaya dan menyakiti itu bukan yang sakit jiwa, tetapi yang kotor jiwanya.

salam-sayang-elin

 

Kak Elin

Kak Elin

Author

Kak Elin is a passionate blogger, affiliate marketer, and live host who brings a unique neurodivergent perspective to her writing. She shares insightful product reviews, valuable information, and inspiring life stories. Join her on elin.com.my for a blend of knowledge, motivation, and engaging discussions.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Beranikan diri jadi orang baik

Beranikan diri jadi orang baik

  Hari ini saya rasa lebih tenang. Sempat juga saya bantu Bro Nan taipkan surat bagi pelanggannya. Saya gembira dapat upah menaip kerana saya juga sedang belajar menaip dengan betul. 2 helai kertas tulisan tangan saya bantu taipkan tanpa rasa berat. Walaupun...

read more
Cara Saya Motivasikan Diri Setiap Hari

Cara Saya Motivasikan Diri Setiap Hari

  Semalam saya tidak sempat untuk menulis di sini. Malam baru saya teringat saya perlu latihan menaip saya tetapi sudah terlalu penat untuk menulis apa-apa. Jadi pagi ini saya cuba juga. Saya elakkan menulis melalui telefon agar saya dapat biasakan diri menaip di...

read more
Di Sebalik Seorang Live Host

Di Sebalik Seorang Live Host

  Di sebalik apa yang dilihat pasti ada yang tersirat. Selama ini saya dilihat sebagai seorang yang pandai bercakap dan berani untuk tampil ke depan khalayak ramai. Sejak dari sekolah rendah saya dikenali sebagai debater, pemidato dan MC (Pengerusi Majlis). Saya...

read more
Triggered dengan Gelagat Promoter

Triggered dengan Gelagat Promoter

  Semalam kami keluar untuk mencari kasut sekolah anak-anak. Mula-mula cari di kawasan Saujana Utama dahulu, kemudian melajak ke mall. Ingat sudah habis di situ, rupanya singgah pula ke kedai serbaneka. Alhamdulillah dapat belikan kasut sekolah yang sudah terbuka...

read more

Subscribe

Top Commentators

  • Be the first to comment.

Recent Comments

Pin It on Pinterest

Share This