Kubu Baru Untuk Home Studio

by | Oct 3, 2024 | blog, stories | 0 comments

03-10-2024

Kubu kerja di tengah ruang tamu, senang nak tengok anak-anak.

 

Kubu baru saya untuk Home Studio. Setelah cuba untuk bekerja di bilik atas akhirnya saya turun juga balik ke bawah. Saya tak boleh bekerja di bilik atas sedangkan anak-anak saya berada di bawah.

Tapi saya tak boleh kerja juga kalau sesiapa sahaja tiba-tiba muncul dekat saya. Jadi saya akan bina kubu macamni kalau tiada bilik. Ianya berfungsi juga bagi menghalang saya melihat sekeliling.

Ini penting sebab saya akan perhatikan semua benda dan cepat nak menegur suruh betulkan atau kemaskan itu ini. Bayangkan nak buat macam tu bila ada 6 orang anak dan rumah pun bukan besar mana. Barang banyak pula tu!

Dalam kubu ni saya masih ambil tahu hal anak-anak. Telinga saya ni pakai headphone pun saya masih boleh tahu mereka buat apa. Yang paling penting saya ada bersama mereka. Kita jadi ibu ni buatlah cara mana yang sesuai dengan situasi kita.

Saya buat yang mana saya mampu sahaja. Suami saya bantu banyak benda dia yang handle. Saya stable, family saya juga akan stable. Minggu lepas teruk sangat saya marah-marah. Sampai Bro Nan tidur lewat nak standby tengok keadaan saya.

Doakan saya ya. Saya nak cuba online balik ni. Slow slow supaya saya tak masuk gua haha.

Thank you baca ya,

salam-sayang-elin

 

Kak Elin

Kak Elin

Author

Kak Elin is a passionate blogger, affiliate marketer, and live host who brings a unique neurodivergent perspective to her writing. She shares insightful product reviews, valuable information, and inspiring life stories. Join her on elin.com.my for a blend of knowledge, motivation, and engaging discussions.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Beranikan diri jadi orang baik

Beranikan diri jadi orang baik

  Hari ini saya rasa lebih tenang. Sempat juga saya bantu Bro Nan taipkan surat bagi pelanggannya. Saya gembira dapat upah menaip kerana saya juga sedang belajar menaip dengan betul. 2 helai kertas tulisan tangan saya bantu taipkan tanpa rasa berat. Walaupun...

read more
Cara Saya Motivasikan Diri Setiap Hari

Cara Saya Motivasikan Diri Setiap Hari

  Semalam saya tidak sempat untuk menulis di sini. Malam baru saya teringat saya perlu latihan menaip saya tetapi sudah terlalu penat untuk menulis apa-apa. Jadi pagi ini saya cuba juga. Saya elakkan menulis melalui telefon agar saya dapat biasakan diri menaip di...

read more
Di Sebalik Seorang Live Host

Di Sebalik Seorang Live Host

  Di sebalik apa yang dilihat pasti ada yang tersirat. Selama ini saya dilihat sebagai seorang yang pandai bercakap dan berani untuk tampil ke depan khalayak ramai. Sejak dari sekolah rendah saya dikenali sebagai debater, pemidato dan MC (Pengerusi Majlis). Saya...

read more

Subscribe

Top Commentators

  • Be the first to comment.

Recent Comments

Pin It on Pinterest

Share This