Semalam saya tidak sempat untuk menulis di sini. Malam baru saya teringat saya perlu latihan menaip saya tetapi sudah terlalu penat untuk menulis apa-apa. Jadi pagi ini saya cuba juga. Saya elakkan menulis melalui telefon agar saya dapat biasakan diri menaip di papan kekunci komputer.
Sudah masuk 3 hari saya dapat lakukan semula job sebagai live host. Saya lakukan kerana ini sahaja saya mampu buat ketika ini. InsyaAllah slowly saya nak sambung affiliate work saya. Selain timba pengalaman, ini cara saya untuk tingkatkan keberanian saya untuk berada di dunia online.
Do something, anything.
Itu cara saya motivasikan diri saya setiap hari. Saya akan ingatkan diri saya yang juga telah buat sesuatu walau apapun ia. Walaupun sekadar mengemaskan meja kerja saya atau bangun untuk mandi. Semasa saya menulis ini ada kata-kata yang mulai mengacau fikiran saya. Yang akan ada yang fikir saya yang tak cukup usaha.
Entah ada yang fikir atau tidak saya tidak tahu, yang pasti sayalah orang pertama akan mengkritik diri saya. Ya saya selalu fikir I must do more; this is not enough. Fikiran itu membuat saya jadi manusia yang boleh buat macam-macam benda yang orang lain tak mampu buat dalam masa yang singkat.
Namun ianya juga buat saya kecewa apabila ada waktu saya tidak mampu untuk gerakkan diri saya untuk lakukan apa-apa sedangkan secara fizikal saya tidak lumpuh. Lagi kecewa apabila ada yang tidak memahami dan minta saya berubah. Penyakit mental ni masih ramai yang tidak faham. Saya sendiri pun masih belajar.
Alhamdulillah, pasti ada hikmah setiap ketentuan-Nya.
Terima kasih baca nukilan saya hari ini.
0 Comments