Alhamdulillah hari ini berkesempatan untuk menulis review ini di blog. Plan asalnya memang nak upload di sini tetapi keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Jadi saya rakam video dan upload dahulu di Youtube, Tiktok dan Facebook. Baik jom kita mulakan ya.
Saya sebenarnya sudah lama ingin mendapatkan sambal kentang goreng Abang Long Feroz Zaini ini, namun baru kali ini berkesempatan untuk bertanya samada ianya boleh di pos ke Puncak Alam. Post sambal kentangnya lalu di wall saya, walaupun saya telah berehat dari media sosial beberapa hari. Jadi saya rasa ianya bukan saja lalu, ini peluang saya untuk merasainya dan berkongsi rezeki.
Ada sesuatu tentang insan ini yang menarik perhatian saya. Pertamanya adalah dia juga mengalami masalah anxiety seperti saya. Keduanya saya dapat rasakan dia adalah seorang yang jujur dan berpegang pada prinsip. Ketiganya saya faham akan kondisi kewangannya juga seperti saya sekeluarga. Saya dapat lihat diri saya pada dia, cuma saya pasti ujian kami pasti berbeza.
Saya kagum dengan semangat Abang Long untuk menjana pendapatan dan juga meneruskan kehidupannya. Saya melihat cubaan-cubaan dia untuk menambah sumber pendapatan dengan pelbagai cara, dan yang terbaru saya juga lihat dia ada menjual dadih pula. Kuat betul semangatnya, dan saya tahu sebagai insan yang diuji dengan anxiety, ianya usaha yang amat memenatkan fizikal dan mental.
Bungkusan pakej yang saya beli dibalut tebal dengan bubble wrap. Bukan selapis tetapi berlapis-lapis! Mungkin untuk elakkan bekas sambal dari pecah sepanjang proses penghantaran oleh pihak courier. Alhamdulillah, memang langsung tiada tumpah-tumpah dan produk diterima dalam keadaan baik sekali.
Setelah membuka bungkusan, saya cuba sedikit sambal dari balang. Sedap! Alhamdulillah cukup rasa, tidaklah begitu pedas, ada manis dan masin yang seimbang. Kentangnya rangup, bila dikunyah bunyi krup krap tu (maaf video saya tiada ASMR). Walaupun disaluti sambal, kentang, ikan bilis dan kacangnya langsung tidak “liuk”. Masih rangup dan senang untuk dikunyah. Sambalnya juga istimewa rasanya. Saya jarang nak puji sambal orang lain selain Bro Nan, suami saya. Nampaknya kalini sambal ini memberikan persaingan baru buatnya haha!
Sewaktu mula diperkenalkan, sambal ini dibungkus dalam bekas plastik petak berpenutup. Saya dapati ianya telah ditambah baik kerana risiko pecah dan tumpah lebih tinggi apabila ianya dipos. Almaklumlah parcel pastinya bertindih-tindih dan bekas tersebut hanya sesuai sebagai bekas makanan untuk dimakan segera. Jika nak guna pun boleh, syaratnya dihantar sendiri barulah terjamin ianya tidak rosak kerana barangan lain juga.
Kebetulan setelah buat video unboxing, Bro Nan hidangkan nasi dengan ikan bilis sambal. Ha kena eloklah makan dengan sambal kentang goreng yang garing. Semua anak-anak saya sukakannya. Rugi pula beli sebalang sahaja haha! Tidak mengapa nanti boleh order lagi sebab memang sedap! Habis makan nasi tinggal cuma 1/6 sahaja, kemudian licin dimakan begitu sahaja sambil bersembang lepas makan.
Saya dapati Abang Long ini meniaga mengikut tatacara yang bukan sahaja sopan, jujur dan cepat, malah sangat teliti. Semasa saya membelek buku, set business card dan risalah ini jatuh ke atas meja. Upselling, customer feedback, bungkusan yang kemas, mesej dengan bahasa yang hormat dan iklan yang menarik. Saya amat kagum!
Saya juga dapati Abang Long juga ada menulis sesuatu di dalam buku tulisannya itu. Terima kasih ya, InsyaAllah habis baca nanti Elin review buku Aku, Dia dan Rezeki 2 ini ya! Walaupun hanya satu muka saya baca saya sudah rasa teruja. InsyaAllah Elin yakin ianya akan memberi manfaat kepada Elin di sini juga.
Kepada yang ingin dapatkan Sambal Kentang Goreng Aries, berikut adalah maklumat yang dikongsikan olehnya:
Dengan setiap pesanan 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐚𝐥 𝐊𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐆𝐨𝐫𝐞𝐧𝐠, anda boleh dapatkan buku tulisan saya, 𝗔𝗸𝘂, 𝗗𝗶𝗮 & 𝗥𝗲𝘇𝗲𝗸𝗶 𝟮.𝟬 dengan harga sepuluh ringgit sahaja dan akan mendapat 𝖘𝖊𝖓𝖆𝖘𝖐𝖆𝖍 𝖇𝖚𝖐𝖚 𝖕𝖊𝖗𝖈𝖚𝖒𝖆 dan 𝙠𝙖𝙡𝙚𝙣𝙙𝙖𝙧 𝙥𝙚𝙧𝙘𝙪𝙢𝙖 (terima kasih kepada seorang hamba ALLAH yang menaja).
Dapatkan di Shopee:
https://shopee.com.my/mohdferoz910 🥰
Atau boleh mesej:
wasap.my/60192254910/beliprodukfreebuku
Buat pengetahuan pembaca semua juga, Abang Long ditimpa kemalangan beberapa hari lepas, Elin pun baru tahu dari pos anaknya. Boleh singgah di laman facebooknya, Mohamad Feroz Zaini . Jom kita sama sama doakan kesembuhan dan kemudahan buat Abang Long Mohamad Feroz Zaini ya. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua, terima kasih kerana membacanya.
Kalau di bulan puasa bagus simpan stok untuk buat makan semasa sahur mudah, cepat dan senang untuk ibu-ibu.
Syafakallah kepada saudara Mohamad Feroz Zaini
Benar tu. Terima kasih ya sama sama kita doakan, Amiin.