Beranikan diri jadi orang baik

by | Oct 14, 2024 | blog, stories | 0 comments

14-10-2024

Rasa seronok dapat bantu orang menaip, walaupun sendiri masih belajar.

 

Hari ini saya rasa lebih tenang. Sempat juga saya bantu Bro Nan taipkan surat bagi pelanggannya. Saya gembira dapat upah menaip kerana saya juga sedang belajar menaip dengan betul. 2 helai kertas tulisan tangan saya bantu taipkan tanpa rasa berat.

Walaupun berapa upahnya saya buatkan juga, kerana ini juga cara saya bantu orang lain. Memilih untuk membantu orang lain dan jadi insan yang lebih tidak menjadikan saya kurang di mana-mana.

Ya ada waktunya wujud manusia yang suka mengambil kesempatan dan saya belajar dari pengalaman itu. Namun untuk berhenti berusaha jadi orang yang baik kerana wujudnya orang sebegini adalah tidak wajar bagi saya.

Saya percaya yang bila lebih ramai orang pilih untuk jadi baik, dunia juga akan jadi lebih baik. Namun saya tidak sama sekali menjadikan baik sebagai alasan untuk menurut segalanya, gunakanlah akal sebaiknya.

Orang yang membiarkan kejahatan berlaku ke atas dirinya atau orang lain bukan orang yang baik. Itu orang yang tidak mahu menggunakan akal yang dikurniakan Allah sebaiknya.

Lainlah jika ianya berlaku bukan atas kehendaknya, dan dia tidak mampu berbuat apa-apa. Itu bukan lagi dalam kemampuan kita, hanya Allah yang akan membalas perbuatan jahat manusia itu.

Usahalah mencari jalan keluar dari dibuli, dipergunakan atau diperkotak-katikkan. Ingatlah Allah Yang Maha Berkuasa ke atas setiap makhluk. Takutlah pada Allah bukan kepada makhluk-Nya.

Alhamdulillah, Allah telah lahirkan saya sebegini. Saya tidaklah suci murni atau warak. Saya cuma tidak suka akan perkara yang tidak baik, tidak adil dan tidak betul.

Salah satu sebab yang trigger anxiety saya adalah apabila saya berdepan perkara ini. Saya tidak dapat mendiamkan diri dan akan masuk campur, cuba menegur atau memperbetulkannya.

Namun, saya mendapati tindakan saya itu melahirkan rasa kurang senang orang lain akan saya. Mereka menyangka saya buat begitu kerana saya rasa ingin berkuasa ke atas orang lain atau memanipulasi mereka dengan kelebihan yang saya ada.

Jadi, tahun demi tahun saya mulai memendam berjuta rasa kecewa, marah dan geram. Saya tidak boleh melupakan apa yang salah berlaku depan saya begitu sahaja. Saya mulai memilih untuk mendiamkan diri atau berpura-pura saya boleh menerimanya kerana ingin diterima oleh orang lain.

Namun ini mulai berubah beberapa tahun kebelakangan ini.

Saya jadi lebih berani untuk jadi manusia yang baik, kerana saya yakin Allah sentiasa akan melindungi saya. Allah Maha Berkuasa untuk merubah hati manusia. Jika ada manusia yang tidak boleh menerima saya maka dia bukanlah insan yang patut ada di sisi saya. Bukan bermaksud manusia itu jahat atau baik, cuma bukan untuk saya.

Cukuplah Allah bagi saya. Alhamdulillah Allah hadirkan ramai insan yang baik-baik dalam hidup saya. Yang melukai saya itu adalah ujian bagi saya, tidak sesekali Allah menguji manusia itu sia-sia.

Saya mungkin menghidap sakit mental tetapi saya mulai sedar yang Allah sedang memberikan kesembuhan kepada jiwa saya.

Waktu hati tenang dan bahagia seperti saat ini, Alhamdulillah.

Waktu hati berduka dan kecewa, Alhamdulillah.

Waktu hati gembira dan rasa dunia ini ana yang punya, Alhamdulillah.

Waktu hati kosong dan tidak mampu berbuat apa-apa, Alhamdulillah.

Waktu antara waktu-waktu itu juga, Alhamdulillah.

Sesungguhnya dengan melalui ujian kita akan belajar sesuatu.

salam-sayang-elin

 

Kak Elin

Kak Elin

Author

Kak Elin is a passionate blogger, affiliate marketer, and live host who brings a unique neurodivergent perspective to her writing. She shares insightful product reviews, valuable information, and inspiring life stories. Join her on elin.com.my for a blend of knowledge, motivation, and engaging discussions.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cara Saya Motivasikan Diri Setiap Hari

Cara Saya Motivasikan Diri Setiap Hari

  Semalam saya tidak sempat untuk menulis di sini. Malam baru saya teringat saya perlu latihan menaip saya tetapi sudah terlalu penat untuk menulis apa-apa. Jadi pagi ini saya cuba juga. Saya elakkan menulis melalui telefon agar saya dapat biasakan diri menaip di...

read more
Di Sebalik Seorang Live Host

Di Sebalik Seorang Live Host

  Di sebalik apa yang dilihat pasti ada yang tersirat. Selama ini saya dilihat sebagai seorang yang pandai bercakap dan berani untuk tampil ke depan khalayak ramai. Sejak dari sekolah rendah saya dikenali sebagai debater, pemidato dan MC (Pengerusi Majlis). Saya...

read more
Triggered dengan Gelagat Promoter

Triggered dengan Gelagat Promoter

  Semalam kami keluar untuk mencari kasut sekolah anak-anak. Mula-mula cari di kawasan Saujana Utama dahulu, kemudian melajak ke mall. Ingat sudah habis di situ, rupanya singgah pula ke kedai serbaneka. Alhamdulillah dapat belikan kasut sekolah yang sudah terbuka...

read more

Subscribe

Top Commentators

  • Be the first to comment.

Recent Comments

Pin It on Pinterest

Share This