Di sebalik apa yang dilihat pasti ada yang tersirat. Selama ini saya dilihat sebagai seorang yang pandai bercakap dan berani untuk tampil ke depan khalayak ramai. Sejak dari sekolah rendah saya dikenali sebagai debater, pemidato dan MC (Pengerusi Majlis).
Saya seringkali dilantik sebagai MC semasa belajar di universiti dan tidak kekok mengendalikan ratusan penonton atau peserta program. Namun apa yang ramai tidak tahu saya juga sering diserang panik attack semasa melakukannya.
Oleh kerana saya cuma tahu saya ada anxiety dan bipolar disorder pada usia 35 tahun, saya tidak sedar ianya adalah sebahagian dari sakit saya. Bila panic attack berlaku saya akan blank dan rasa seperti terpisah dari dunia nyata.
Semalam sebelum mulakan tugas jadi live host saya diserang panic attack lagi, sampai nak pakai tudung pun tak lepas. Lalu saya menangis lagi sambil yakinkan diri saya. Self talk adalah antara cara saya beritahu diri saya things are going to be okay.
“Tiada siapa paksa kau. Tiada yang sedang mengejar atau memarahi kau. Tenang, kau buat ni kerana kau nak buat”
Saya baca ayat kursi atau apa apa ayat yang saya mampu recall. Kena faham ya insan yang diserang panik attack bukan sekadar gementar dan takut macam manusia normal. Boleh sampai tahap lupa untuk bernafas. Jadi penting untuk tenangkan mereka dalam keadaan ini.
Kemudian perlahan-lahan saya cuba sarung balik tudung. Saya pakai sambil cakap satu satu step masukkan muka dulu, slow slow, ha tarik sikit. Saya bukan bercakap dengan sesiapa, ianya untuk self soothing. Sejak kecil saya memang selalu buat.
Alhamdulillah saya boleh mulakan juga job tu dan teruskan sehingga 3 jam. Terima kasih yang join dan hadir dan support saya semalam ya. Insya Allah saya akan cuba lagi hari ini. Tidak lupa juga buat adik saya yang teman jadi moderator dan Bro Nan yang bantu uruskan anak-anak.
Terima kasih baca nukilan saya ya, saya amat menghargainya.
0 Comments