Benda pertama terlintas bila tengok ni wow ada buih. Lepastu eh ada tumpah dalam piring. Kalau buat sendiri memang dah hirup dalam piring tu.
Kat kedai tak boleh, silap haribulan saya bayangkan dapur dia, dan pada skala fikiran saya maka saya tidak dapat makan atau di luar selama-lamanya.
Overthinking.
Macam semalam saya reply mesej panjang-panjang kat kawan saya, dan kemudian sampai la ni saya takut saya terlebih fikir dan terlebih explain.
Sebab tu saya takut nak mesej atau reply pertanyaan baik di dunia nyata atau dunia maya. Saya bimbang saya buat orang tak selesa. Bimbang lepas ni mereka takut untuk menyapa saya lagi.
Ini berlaku bukan sekarang sahaja, sejak dari kecil. Bila saya tengok kawan-kawan sekolah bergaul dan bertegur sapa secara semulajadi, saya rasa sangat terpinggir. Saya takut untuk join kerana bimbang tersalah cakap.
Sebab saya akan selalu excited nak share. Saya juga akan over explained. Tipikal sebenarnya neurodivergents macam ni.
Kami akan potong cerita orang sebab kami rasa itu cara kami tunjuk berminat dengan perbualan tu.
Jadi sekarang saya banyak diam, katup mulut rapat-rapat, hanya mata saya berbicara betapa saya terlalu banyak nak bercerita.
Malam-malam saya borak-borak dengan Bro Nan sampai dia berdengkur.
Waktu saya tulis ini air mata saya bergenang. Saya rindu kawan-kawan. Rindu adik beradik. Tapi saya tidak mampu untuk berinteraksi dengan mereka tanpa saya berfikir melebihi realiti.
Jadi saya pilih untuk mengelak, menyendiri, walaupun hakikat saya rindu. Saya tidak kisah orang saya tak kenali atau ada orang yang tak suka saya, tapi saya rindu mereka yang menerima saya.
Berbalik pada teh ais, ha 😆 lepas jadi macam ni saya gi kedai tu saya minta “ikat tepi mangkuk” setel masalah haha!
0 Comments