Live Host dengan Anxiety

by | Oct 5, 2024 | blog, stories | 0 comments

5-10-2024a

Nampak steady dalam hati Allah sahaja yang tahu.

 

Semalam saya cuba sekali lagi jadi live host untuk adik saya. Bukan senang sebenarnya untuk saya lakukan sebab anxiety saya teruk sangat. Masa dia tanya saya berminat tak nak buat live host saya laju setuju lepas tu saya menyesal balik. Biasalah kluk klek bipolar saya tu, masa manic semua pun boleh! Jadi saya cuba la beberapa kali bulan lepas tapi ada benda triggered saya terus saya tak boleh teruskan.

Memang sukar untuk sesiapa nak hire orang sakit mental macam saya ni. Bukan setakat kena sabar bila saya triggered, malah kena bersedia jika saya “hilang” dan masuk gua. Mujurlah mereka yang sudi hire saya ni semua yang memahami dan baik hati. Saya tahu mereka sebenarnya nak bantu saya sebab saya memang perlukan jana pendapatan sebab lama stop buat affiliate.

Servis print Bro Nan pun tergendala sebab saya triggered bila ada pelanggan nak datang atau mesej. Mereka tahu walaupun saya ni sakit mental, saya suka kerja online yang macam ni. Mereka juga tahu risiko mengambil pekerja seperti saya, bila minta buat apa-apa saya hanya mampu buat bila saya ada rasa nak buat.

Tidak seperti manusia normal, rasa nak buat tu saya tak boleh nak cipta atau paksa. Saya tetap cabar juga keadaan saya ini, sampai tahap saya menangis dan meraung. Walhal nak up bahan dekat telegram sahaja, dan mereka yang upah saya sangat memahami. Itulah bezanya kemalasan dan sakit mental. Kami struggle memaksa diri kami dan frustrated.

 

5-10-2024-b

Alhamdulillah berjaya juga live

 

Macam semalam, saya hanya dapat live jam 9 malam lebih. Saya setup webcam background tu ambil masa dekat 2 hari. Rasa confident sangat saya boleh live, bila dah mesej saya anxiety saya datang say hello. Dari pagi saya tunggu tengah hari, akhirnya sampai ke malam. Adik saya standby jadi moderator Alhamdulillah dapat live lebih 3 jam walaupun pada permulaan tu saya rasa nak end dah sebab gemuruh sangat-sangat.

Terima kasih adikku kerana bantu Kak Elin ya.

Terima kasih kepada semua yang bantu saya baik dari segi kewangan, sokongan dan doa.

Terima kasih baca nukilan saya pagi ini ya.

salam-sayang-elin

 

Kak Elin

Kak Elin

Author

Kak Elin is a passionate blogger, affiliate marketer, and live host who brings a unique neurodivergent perspective to her writing. She shares insightful product reviews, valuable information, and inspiring life stories. Join her on elin.com.my for a blend of knowledge, motivation, and engaging discussions.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Beranikan diri jadi orang baik

Beranikan diri jadi orang baik

  Hari ini saya rasa lebih tenang. Sempat juga saya bantu Bro Nan taipkan surat bagi pelanggannya. Saya gembira dapat upah menaip kerana saya juga sedang belajar menaip dengan betul. 2 helai kertas tulisan tangan saya bantu taipkan tanpa rasa berat. Walaupun...

read more
Cara Saya Motivasikan Diri Setiap Hari

Cara Saya Motivasikan Diri Setiap Hari

  Semalam saya tidak sempat untuk menulis di sini. Malam baru saya teringat saya perlu latihan menaip saya tetapi sudah terlalu penat untuk menulis apa-apa. Jadi pagi ini saya cuba juga. Saya elakkan menulis melalui telefon agar saya dapat biasakan diri menaip di...

read more
Di Sebalik Seorang Live Host

Di Sebalik Seorang Live Host

  Di sebalik apa yang dilihat pasti ada yang tersirat. Selama ini saya dilihat sebagai seorang yang pandai bercakap dan berani untuk tampil ke depan khalayak ramai. Sejak dari sekolah rendah saya dikenali sebagai debater, pemidato dan MC (Pengerusi Majlis). Saya...

read more

Subscribe

Top Commentators

  • Be the first to comment.

Recent Comments

Pin It on Pinterest

Share This