Saya ingin cuba menulis setiap hari sambil berlatih menaip. Ya saya baru belajar menaip dengan cara yang betul tanpa perlu melihat keyboard. Selama ini saya menaip guna jari telunjuk sahaja. Tekan satu-satu.
Ini bukan kali pertama saya cuba mempelajarinya. Setiap kali saya belajar saya lupa balik dan kembali menaip cara saya yang biasa. Saya masih ingat ada seorang pensyarah saya yang boleh menaip tanpa melihat papan kekunci, saya rasa dia hebat sangat.
Mungkin bagi sesetengah orang rasa ianya remeh sahaja. Tapi bagi saya tidak. Ini antara penghalang saya untuk menulis menggunakan desktop atau laptop. Ya saya masih boleh menulis guna phone, tapi saya nak elakkan.
Sebab bila guna phone, saya mungkin akan hanyut jatuh ke rabbit hole. Bila membaca isu pula saya akan over mengkaji pula. Bila terbaca komen yang negatif pula saya jadi triggered. Bila log in guna browser di komputer saya malas sikit nak scroll.
Namun saya dapati agak sukar juga untuk saya melepaskan kebiasaan saya menaip 2 jari. Saya belajar menaip guna aplikasi percuma sahaja, typing.com. Aplikasi ni bagus sangat dan senang nak belajar.
Cuma saya kena praktis menaip untuk Bahasa Melayu sendiri. Perkataan yang digunakan dalam aplikasi pula hanya Bahasa Inggeris. Otak saya memang sukar dilatih apabila melibatkan pergerakan anggota badan.
Apabila berlatih menaip pun sama, kena ulang banyak kali. Tinggal lupa balik. Kali ini saya nak cuba juga, dan tanpa sedar saya sudah menaip banyak perenggan pagi ini. Sebelum saya menaip ni tadi saya menangis.
Sebab saya rasa hilang minat untuk buat apa-apa tiba-tiba sedangkan pagi tadi semangat. Saya cakap kat Bro Nan saya penat dengan diri saya. Dia suruh saya tidur balik, tapi saya nak juga taip entri ini dahulu.
Terima kasih ya sudi baca tulisan saya,
0 Comments